PELUANG JADI USAHAWAN BUNDLE BERSAMA CCM BUNDLE MALAYSIA

heading_title

Peluang memulakan PERNIAGAAN barangan atau pakaian bundle atau dikenali sebagai jualan pakaian terpakai  bukan perkara baharu di Malaysia, hubungi CCM Bundle untuk maklumat lanjut.

Ia merujuk kepada aktiviti menjual barangan terpakai atau reject yang dibeli pemborong secara pukal dan dijual kepada pembeli dengan kaedah tawar menawar.

Tetapi sejauh mana perniagaan bundle mampu membantu peniaga tempatan untuk terus bertahan kerana pelanggan yang melihat bundle tiada nilai eksklusif?

Jualan Boleh mencecah harga ribuan Ringgit Sebulan

Bagi usahawan Bundle yang mendapat bekalan dari CCM Bundle Malaysia, jualan pakaian bundle kini dapat mencecah harga ribuan malahan puluhan ribu ringgit.

Menurut suatu akhbar tempatan sambutan barang bundle dahulu dan sekarang tiada beza, hanya situasi yang berubah. Golongan muda kini lebih teruja mencari barang bundle terutama yang dikeluarkan sekitar 20-an hingga 90-an.  Ini disebabkan oleh  kerana pakaian bundle tersebut ada nilai vintage selain berkualiti dan tahan lama.

Pakaian bundle semenangnya bersih kerana ia dicuci dahulu dengan bahan kimia selain mempunyai kualiti terjamin.

CCM Bundle Malaysia yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam perniagaan bundle secara borong atau Bundle Wholesale akui industri itu semakin berkembang dan tumbuh setiap hari bagai cendawan di merata tempat.

Pengurus Besar CCM Bundle berkata, kebanyakan pembeli bundle tergolong daripada peminat seni muzik, sukan dan kraft.  “Baju, kasut, tali pinggang antara barang paling digemari orang muda yang mengumpulnya sebagai koleksi,” katanya.

Bundle diibaratkan sebagai Harta Karun

Menurut CCM Bundle barangan bundle juga diibaratkan seperti harta karun dalam kalangan peniaga kerana ada antara barangan yang dijual mampu memberi keuntungan berganda.

“Tetapi ada juga barangan yang diterima daripada pembekal tidak boleh dijual dan dipakai. Kami biasanya menggunakan empat istilah dalam barang bundle untuk mengklasifikasikan setiap guni bundle yang diterima, iaitu sampah, ekor, badan dan kepala.

“Sampah ialah pakaian tidak boleh dipakai langsung dan biasanya akan dibuang. Ekor merujuk kepada pakaian yang boleh dijual pada harga RM5 sehelai atau RM10 bagi empat helai pakaian.

“Badan pula merujuk kepada pakaian yang agak baik dan boleh dijual pada harga sekitar RM10 sehelai dan akhir sekali kepala iaitu pakaian berjenama dan masih elok dengan nilai harga ratusan ringgit,” menurut seorang pengimport barangan bundle dari Indonesia.

Untung Besar atau Kecil

Untung besar atau kecil, segalanya bergantung kepada apa yang dijual kerana barangan bundle tidak sama seperti barang baharu di pasaran.

Jika barangan vintage atau rare pasti boleh cecah puluhan ribu ringgit.

Kebiasaannya pendapatan sebulan boleh mencecah ribuan ringgit. Bagi yang berniaga dalam talian atau di pasar malam dan tepi jalan boleh memperoleh sekitar RM5,000 sebulan. 

Kadang-kala dalam sehari hanya dapat RM10, ada hari pula dapat untung sehingga RM500 sehari, terpulang kepada rezeki.

Kadang-kala kami juga ditipu pembekal. Guni bundle yang dibeli tidak ada pakaian yang dapat dijual langsung,tetapi sejak kami mula mendapatkan bekalan berjenama CCM Bundle, untung kami semakin meningkat.

Related Post